MP PAS Pokok Sena: Sesi soalan jawab lisan, 2 Dis. 2008

10.14 pagi:
Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah bangunan Persekutuan seluruh negara dan berapa jumlah kos penyelenggaraan serta nyatakan senarai syarikat kontraktor yang memperolehi dan sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan tempoh kontrak yang diperolehi serta jenis-jenis kerja penyelenggaraan.



